Kamera Google MOD + data
com.google.android.GoogleCamera.mod
Tangkapan layar
Deskripsi
Tiada detik yang terlepas dengan adanya Kamera Google dan ambil gambar menarik menggunakan ciri seperti Potret dan Mod Malam.
Ciri
• <b>HDR+ dengan kawalan dwidedahan</b> - Ambil gambar menggunakan HDR+ untuk menangkap foto menarik, terutamanya dalam cahaya malap atau pemandangan cahaya belakang.
• <b>Mod Malam</b> - Anda pasti tidak akan menggunakan denyar anda lagi. Mod Malam mendedahkan semua butiran dan warna terbaik yang tidak kelihatan dalam gelap. Anda juga boleh menangkap gambar Bima Sakti!
• <b>Zum Peleraian Super</b> - Zum Peleraian Super menjadikan gambar anda jelas apabila anda mengezum masuk—tanpa kabur.
• <b>Foto Terbaik</b> - Pilih detik sempurna menggunakan Foto Terbaik. Mencadangkan gambar terbaik secara automatik apabila tiada seorang pun yang berkelip dan semuanya kelihatan sempurna.
• <b>Potret</b> - Tambahkan latar belakang kabur yang elegan (bokeh) pada gambar. Google Photos juga boleh menjadikan subjek foto anda pop dengan mengekalkan warna subjek, sementara latar belakang ditukarkan kepada hitam putih.
• <b>Cadangan Google Lens</b> - Halakan kamera anda pada Kod QR, kad perniagaan, dokumen kertas atau teks bahasa asing. Ciri ini akan membantu anda membaca, mengimbas dokumen, menterjemah dan pelbagai lagi.
• <b>Playground</b> - Berseronoklah menggabungkan dunia sebenar dengan maya melalui pelekat AR dan kesan!
Keperluan - Versi terbaharu Kamera Google berfungsi pada telefon Pixel untuk Android 10 ke atas sahaja. Sesetengah ciri tidak tersedia pada semua peranti.
Kebenaran
• Kamera: Diperlukan untuk menangkap gambar dan merakam video
• Mikrofon: Diperlukan untuk merakam audio pada setiap video.
• Storan: Diperlukan untuk menyimpan gambar dan video.
• Lokasi: Diperlukan jika anda mahu merakamkan maklumat lokasi pada gambar dan video anda.